Roti Sarang Lebahku

ASSALAMUALAIKUM WBT......


Sebenarnya dah lama terliur nak buat roti sarang lebah yang dah lama jadi kegilaan ramai ni, so bila berkesempatan untuk ke kelas roti tempohari lagilah menggila semangat nak meroti ni.
Thanks buat Mimi dari Bake 4u Trading yang menganjurkan kelas itu....lalalalala
(Sebenarnya ni entry yang dah lama tertangguh dan mama tak berani nak publish)


ROTI SARANG LEBAH

Hiasan: badam keping, biji labu hijau, bijan hitam

Bahan-bahan:

100gm tepung hight protein
(tepung roti)
13gm garam halus
100gm gula
40gm tepung susu
25gm instant yies
5gm bread improver
3 biji telur
(gred B)
15 gm bread softener
75gm marjerin(planta)
50gm shortening
200gm ais
230gm air


Cara-cara membuatnya:

Tunggu giliran nak masuk oven
1. Timbang gandum & garam(pastikan garam di
    bawah yer) Masukkan ke dalam bekas    
    adunan terus.
2. Timbang gula, susu tepung, yis, susu tepung, 
    bread improver, bread softener, marjerin 
    dan shortening.
3. Masukkan semua bahan tadi  ke dalam bekas 
    tepung/gandum.
4.  Masukkan telur, lepas tu baru masukkan air
5.  Speed 2 - 20 minit, lepas tu tukar kepada 
     speed 3 dalam 5 minit.
6.  Bila doh gebu dan licin boleh dikeluarkan.
7. Tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan 
    udara yang terperangkap  didalamnya.
8. Timbang doh 15gm atau mengikut keperluan      anda sendiri.
9.  Susun doh dalam loyang atau bekas 
     aluminium. 
10.Bila adunan dah separuh naik boleh sapukan      adunan telur + sesudu susu cair diatasnya
     dan ditabur dengan bijan hitam, badam
     keping dan biji labu hijau. 
11. Bakar pada suhu 170'C - 180'C selama 15 minit atau sehingga roti berwarna keemasan.
12. Bila dah sejuk bolehlah dihidangkan dengan sos butterscotch.


 SOS BUTTERSCOTCH

Bahan-bahan A:
1 tin susu pekat
1/2 cawan air (125ml)
1 cawan susu cair

Bahan- bahan B:
25gm butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream

Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA MEMBUATNYA:

A)  1.  Panaskan susu pekat sehingga mendidih, masukkan air.
     2. Biarkan mendidih.Lepas tu Masukkan susu cair.Kacau  hingga betul2 
          mendidih.Angkat.
B)  1. Cairkan butter.Bila dah cair masukkan gula perang,
      2. Kacau hingga larut atau cair.
      3. Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil kacau.
      4. Biarkan mendidih.
      5. Bila dah mendidih tuangkan bahan A ke dalam B,Masukkan secubit garam, kacau 
          rata.
      6. Bila dah mendidih angkat dan masukkan esen vanilla dan kacau bagi sebati.
          Boleh dihidangkan dengan roti.


Roti yang gebu....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUMIS HALIA IKAN MUDUK

SIRA LABU KUNING

Pulut Gaul Nyior