Puding Laici


Dalam keadaan cuaca panas terik sekarang ni memang besttt sangat-sangat kalau boleh basahkan tekak dengan puding yang sejuk-sejukkan...
Semalam mama dah buatkan puding laici berkuah ni, sekejap jer anak-anak makan dah habis satu bekas.
Malam tadi ada request lagi, tak cukup katanya.Sedaappp...tambah-tambah  cuaca panas macam sekarang ni.Nasib baikla sempat belikan bahan yang takde.

1 peket agar-agar serbuk
1 1/2 liter air
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1 kotak santan 250ml
1 tin laici (apa-apa brandpun boleh)


Larutkan agar-agar dengan 11/2 liter air.
Masukkan susu cair, susu pekat manis(mama guna 3/4 sahaja dari satu tin)
Masak sampai mendidih.
Masukkan separuh air laici
Angkat dan tuangkan sahaja kedalam bekas.
Sejukkan terlebih dahulu,bila dah beku tuangkan baki air laici tadi dan
boleh di tabur buah laici di atasnya.
Boleh dihidangkan ketika sejuk..nyamannya rasa tekak kan..



Ulasan

  1. sdpnye k.sal..nyum..nok try wt jgk la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap yunk....ringkas dan mudah jer.
      Cubalah yer

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUMIS HALIA IKAN MUDUK

SIRA LABU KUNING

Pulut Gaul Nyior