Kek Kukus Asam manis

Yang belah kiri saje buat colour..

Assalamualaikum wbt...
Kali ni mama nak tepek resepi kek kukus Asam Manis yang mama buat. Mama dapatkan resepi ni dari 
SINI. Terima kasih tak terhingga buat Azlita kerana tak pernah loket ilmu. Mama yang tak pandai godek-godek kekpun boleh jadi pandai untuk menggodek...kerana penerangan yang cukup detail diberikan.
Semoga Allah memberkati dan murahkan rezeki Azlita sekeluarga.

KEK KUKUS ASAM MANIS
by: CHEF ZUBAIDAH. Rujukan: Buku Masakan Jamuan Kek
Dari: Azlita Masammanis

325gm mentega
250gm gula kastor
300gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100gm kepingan asam manis - potong halus

- Loyang berukuran 8"
- Sapukan mentega pada loyang 
- Alas dasar loyang dengan kertas kek
- Panaskan kukusan dengan api besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUMIS HALIA IKAN MUDUK

SIRA LABU KUNING

Pulut Gaul Nyior