Syukur atas PemberianNya
Assalamualaikum wbt...
Sudah terlalu lama tidak mengarang, tak tahu nak mulakan macamana. Kalau ada bahasa yang tunggang terbalik tu pohon diampunkan.
Pejam celik pejam celik sekarang dah 2016...dah masuk bulan ke2/2016.Bermakna mama dah hidup selama 45 tahun dah masuk tahun ni. Alhamdulillah syukur tak terhingga pada yang Maha Esa.dengan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan besama seorang lelaki yang memahami segalanya tentang mama, walaupun ada ketikanya tak dapat lari dari perasaan kecil hati...itu adalah lumrah hidup bersama. Mama tak akan biarkan perasaan itu bersarang lama2.Kerana perkara itu boleh memburukkan keadaan.
Saling percaya dan memahami antara satu sama lain amat perlu untuk mengekalkan keharmonian. Membina hidup selama hampir 22 tahun bersama orang yang mama cintai, terlalu banyak pahit manis, rintangan dan pelbagai dugaan yang benar-benar menguji kemampuan mama sebagai seorang isteri, ibu, anak dan menantu..Syukur tak terhingga ya Allah, pengurniaan terhebat dariMu dengan 4 orang permata hati yang sihat dan sempurna tanda cinta dan kebesaranMu...Semoga anugerahMu ini menjadi anak yang soleh dan solehah buat mama dan papa.
Syukur ya Allah kerana memberi amanah dan tanggungjawab yang besar ini. Bukan senang untuk mendidik anak dalam dunia yang semakin mencabar ini. Yang memerlukan kekuatan minda dan mental ibu bapa untuk menghadapi segala kemungkinan.Dunia di hujung jari amat berbeza dengan cara ibu bapa kita mendidik kita dahulu.Semoga mama dan suami diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran yang tinggi untuk terus memikul amanah Allah ini.InshaAllah..

Anak bongsu yang nakal dan manja |
Anak kedua |
Anak ketiga |
Anak Pertama: satu2nya gegirl mama |
Ulasan
Catat Ulasan