Hokkaido Cupcakes



Entry kali ni mama nak tunjukkan Hokkaido Cup Cakes yang mama godek untuk majlis akad nikah anak saudara mama.Terima kasih tak terhingga buat blogger masakan yang sangat mama minati Puan Azlita Aziz kerana tak pernah loket dan kedekut dengan ilmu masakannya.Banyak mama belajar dari pagenya. kat SINI.Maaf sebab mama ada derhaka skit pada resepi asal yang Ita buat.


HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
by: Azlita masammanis

Bahan-bahan A:
4 biji kuning telur
30gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
40ml susu segar
40ml minyak  canola - mama guna minyak masak jer
55gm tepung cake - mama guna tepung gandum
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

Bahan B:
4 biji putih telur
1/2 sudu kecil garam
80gm gula caster

CARA-CARA:

Satukan tepung gandum, tepung kastard, dan baking powder.
Ayak bahan ini sebanyak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula dengan wishk sahaja.
Tambahkan esen vanilla, susu dan minyak.Pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul bagi sebati dan rata.

Dalam bekas yang lain, (pastikan bekas kering yer)
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih.
Tambahkan 80gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi
hingga adunan menjadi kental dan kaku (Maringue gitu)

Ambil separuh adunan putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung,
Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sebati dengan kaedah yang sama.

Sendukkan adunan ke dalam cawan kertas anggaran 80% penuh.
Hentakkan sedikit bekas untuk mengurangkan gelembung udara didalam adunan kek.

masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 25-30 minit atau 
mengikut kepanasan oven masing-masing.
Keluarkan terus dari oven bila kek dah masak.
Hentakkan sedikit dan biarkan sejuk.
Bila dah sejuk, bolehla paipkan filling ke dalamnya dengan menggunakan piping bag.
Mama menggunakan filling blueberry yang dah siap.

CREAM CUSTARD
by: Honey
by: Azlita masammanis

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur( L size) - mama guna (Gred A)
1 sudu besar mentega
1 sudu eh esen vanilla

Masukkan tepung, tepung jagung, dan gula ke dalam mangkuk
Masukkan 1- 2 sudu besar susu, kacau rata hingga tidak berketul
Masukkan telur dan kacau lagi sampai sebati.
Kemudian masukkan susu yang selebuhnya dan terus kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan kedalam microwave.Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap satu minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh jugak dimasak  di atas dapur dengan api yang sederhana.
Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin dan berkilat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUMIS HALIA IKAN MUDUK

SIRA LABU KUNING

Pulut Gaul Nyior