Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Makan-makan kat ofice

Imej
Hari ni mama tak keluar dan tak balik tengahari sebab ada sedikit jamuan makan tengahari kat ofice bagi meraikan beberapa orang kawan yang bertukar. Menu hari ni diorang pilih yang ringkas tapi menyelerakan amat. Nak tahu menu apa tu.... sesapa sahaja terangkat woii kalau makan menu ni....kan.. Jom terjah dulu tengok apa yang ada kat sini tengahari ni... Ikan singgang. ikan goreng, ayam masak merah  (untuk orang yang tak makan singgang). budu, sambal belacan dan ulaman Tapi saya makan ni jer.... Pecal mempelampun ado... Sambal belacan...wallah Budu...sape suka kita geng Pencuci mulut.: kegemaran saya: Asam Gupal (tapi tak tahu nak  buat ngehngehngeh....) Pasti amat menyelerakan...

Puding Karamel Versi Mama

Imej
Assalamualaikum wbt.. Sebenarnya resipi ni dah lama sangat2 terperuk kat draft, hari ni mama tepek kat sinilah sbg panduan untuk mama masa akan dating. Lupa ambig kat mana, tapi kalau tak silap dari https://www.aziekitchen.com/. Azie Kitchen.Cuma persembahan mama jer yang berbeza. Tq Azie Kitchen BAHAN-BAHAN PUDING: 3/3 tin susu pekat manis 1 tin susu cair 1 tin air 5-6 Fiji telur- buang mata esen vanilla BAHAN-BAHAN GULA HANGUS: 11/2 Cavan gula hangus 3 Cawan air CARA-CARA MEMBUAT: A. GULA HANGUS 1. Goreng gula hinca perang, bila dah cair dan bertukar wanna masukkan air perlahan-lahan. 2. Masak hingga mengelegak dan gula cair semula 3. Tutup api dan masukkan kedalam bekas kecik2, biarkan Sejuk. B. KARAMEL 1. Telur dibuang mata dan kacau perlahan bagi sebati 2. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan air, kacau sebati. 3. Masukkan esen vanila, kacau rata. 4. Masukkan ke dalam bekas yang di isi dengan gula hangus tadı. 5. Kukuskan air hingga mendidih, masukka

SIRA LABU KUNING

Imej
Tambah kapsyen Hari minggu lepas mama hantar anakanda balik asrama Kampus UNiSZA kat Besut. Dalam perjalanan en.hubby beli labu kuning. Dah lama tak makan katanya dan teringin nak makan Sira Labu. Teringat masa kenduri kawin anak saudara mama dulu. Sedap katanya. Sebab kalau belah Kuala Terengganu biasanya orang buat sayur lemak kuning jer. lagipun sira labu ni makanan orang Kelantan dan belah Terengganu Utara (Besut dan Setiu). Mamapun usha-ushalah dengan my mom bagaimana nak buat Sira labu ni. Ada ke yang tak kenal Labu Kuning. Kat bawah mama ada pinjam gambarnya dari pakcik google, termasuk gambar nissan (gula melaka) skali yer...tq pakcik google. Mama tak sempat ambik gambar. Ni pinjam dari Pakcik Google kot-kot ada yang tak kenal gambar- pinjam dari Pakcik google jugak. Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk buat Sira Labu ni SIRA LABU KUNING Sebiji labu kuning sedang Dua keping nisan kelapa (gula melaka) 2 -3 helai daun pandan setengah

TUMIS HALIA IKAN MUDUK

Imej
Hari minggu semestinya hari untuk memasak sepenuhnya buat keluarga. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak semua dah ada. Cukup korumlah katakan.Kali ni entry yang dah membaja, tapi nak tepek jugak sebagai rujukan di masa akan datang. Mama tak pasti kalau ada orang lain masak resepi ni dan namanya apa. Tapi mama memberikan nama Tumis Halia Ikan Muduk. TUMIS  HALIA IKAN MUDUK 3 ulas bawang putih, 4 -5 biji cili kecil,  2 inci halia (ditumbuk kasar ) 1 sudu kecil lada hitam kisar, 3 batang serai di ketuk  4 keping ikan Muduk Panaskan sdikit minyak masak untuk menumis Bila minyak dah panas masukkan bahan tumbuk tadi Goreng sampai garing dan masukkan air secukupnya  untuk kuah Bila dah mendidih masukkan ikan dan serai yang diketuk tadi, masak sekejap dan masukkan garam secukup rasa Bila dah masak boleh dihidangkan dengan nasi putih Bahan-bahan 3 ulas bawang putih 2 inci halia 4-5 biji ci

Puding Laici

Imej
Dalam keadaan cuaca panas terik sekarang ni memang besttt sangat-sangat kalau boleh basahkan tekak dengan puding yang sejuk-sejukkan... Semalam mama dah buatkan puding laici berkuah ni, sekejap jer anak-anak makan dah habis satu bekas. Malam tadi ada request lagi, tak cukup katanya.Sedaappp...tambah-tambah  cuaca panas macam sekarang ni.Nasib baikla sempat belikan bahan yang takde. 1 peket agar-agar serbuk 1 1/2 liter air 1 tin susu cair 1 tin susu pekat manis 1 kotak santan 250ml 1 tin laici (apa-apa brandpun boleh) Larutkan agar-agar dengan 11/2 liter air. Masukkan susu cair, susu pekat manis(mama guna 3/4 sahaja dari satu tin) Masak sampai mendidih. Masukkan separuh air laici Angkat dan tuangkan sahaja kedalam bekas. Sejukkan terlebih dahulu,bila dah beku tuangkan baki air laici tadi dan boleh di tabur buah laici di atasnya. Boleh dihidangkan ketika sejuk..nyamannya rasa tekak kan..

Pulut Gaul Nyior

Imej
Pagi ni mama masak pulut untuk sarapan, atas permintaan en.hubby sebab dah lama tak makan katanya... Jom layanz pulut gaul nyior (kata org tganu) PULUT GAUL NYIOR Bahan yang diperlukan 1/2 kilo beras pulut. RM2 kelapa parut ( orang tganu guna yang kulit hidup- mudaremaja gitu) Beberapa ekor ikan masin/ikan segar.- apa2 jenis ikanpun boleh Cara: Masak pulut seperti biasa.(Sebelum tu Rendam dulu dalam 15 minit) (mama guna microvave ,senang sebab tidak berkerak) Bila pulut dah masak ,angkat atau keluarkan dari microvave. Panaskan kelapa parut tadi dengan function SensorReheat. Bila dah siap keluarkan dan sejukkan sekejap, baru masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati. Bolehla dihidangkan dengan ikan masin/kering yang digoreng/ ikan segar yang di goreng lagi sedap...ditambah dengan air kopi...wallah...yummynya. Tapi ada orang cakap kalau yang ada gastrik tu tak digalakkan makan pulut ni.

Kek Kukus Asam manis

Imej
Yang belah kiri saje buat colour.. Assalamualaikum wbt... Kali ni mama nak tepek resepi kek kukus Asam Manis yang mama buat. Mama dapatkan resepi ni dari  SINI . Terima kasih tak terhingga buat Azlita kerana tak pernah loket ilmu. Mama yang tak pandai godek-godek kekpun boleh jadi pandai untuk menggodek...kerana penerangan yang cukup detail diberikan. Semoga Allah memberkati dan murahkan rezeki Azlita sekeluarga. KEK KUKUS ASAM MANIS by: CHEF ZUBAIDAH. Rujukan: Buku Masakan Jamuan Kek Dari: Azlita Masammanis 325gm mentega 250gm gula kastor 300gm tepung naik sendiri 6 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 100gm kepingan asam manis - potong halus - Loyang berukuran 8" - Sapukan mentega pada loyang  - Alas dasar loyang dengan kertas kek - Panaskan kukusan dengan api besar Pukul mentega dan gula hingga sebati Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul Akhir sekali masukkan t

Hokkaido Cupcakes

Imej
Entry kali ni mama nak tunjukkan Hokkaido Cup Cakes yang mama godek untuk majlis akad nikah anak saudara mama.Terima kasih tak terhingga buat blogger masakan yang sangat mama minati Puan Azlita Aziz kerana tak pernah loket dan kedekut dengan ilmu masakannya.Banyak mama belajar dari pagenya. kat  SINI .Maaf sebab mama ada derhaka skit pada resepi asal yang Ita buat. HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES by: Azlita masammanis Bahan-bahan A: 4 biji kuning telur 30gm gula kastor 1 sudu kecil esen vanilla 40ml susu segar 40ml minyak  canola - mama guna minyak masak jer 55gm tepung cake - mama guna tepung gandum 20 gm tepung kastard 1 sudu kecil baking powder Bahan B: 4 biji putih telur 1/2 sudu kecil garam 80gm gula caster CARA-CARA: Satukan tepung gandum, tepung kastard, dan baking powder. Ayak bahan ini sebanyak 3 kali Pukul kuning telur dan gula dengan wishk sahaja. Tambahkan esen vanilla, susu dan minyak.Pukul rata. Masukkan bahan yang tela

Roti Sarang Lebahku

Imej
ASSALAMUALAIKUM WBT...... Sebenarnya dah lama terliur nak buat roti sarang lebah yang dah lama jadi kegilaan ramai ni, so bila berkesempatan untuk ke kelas roti tempohari lagilah menggila semangat nak meroti ni. Thanks buat Mimi dari Bake 4u Trading yang menganjurkan kelas itu....lalalalala (Sebenarnya ni entry yang dah lama tertangguh dan mama tak berani nak publish) ROTI SARANG LEBAH Hiasan: badam keping, biji labu hijau, bijan hitam Bahan-bahan: 100gm tepung hight protein (tepung roti) 13gm garam halus 100gm gula 40gm tepung susu 25gm instant yies 5gm bread improver 3 biji telur (gred B) 15 gm bread softener 75gm marjerin(planta) 50gm shortening 200gm ais 230gm air Cara-cara membuatnya: Tunggu giliran nak masuk oven 1. Timbang gandum & garam(pastikan garam di     bawah yer) Masukkan ke dalam bekas         adunan terus. 2. Timbang gula, susu tepung, yis, susu tepung,      bread improver, bread softener, m

Syukur atas PemberianNya

Imej
Assalamualaikum wbt... Sudah terlalu lama tidak mengarang, tak tahu nak mulakan macamana. Kalau ada bahasa yang tunggang terbalik tu pohon diampunkan. Pejam celik pejam celik sekarang dah 2016...dah masuk bulan ke2/2016.Bermakna mama dah hidup selama 45 tahun dah masuk tahun ni. Alhamdulillah syukur tak terhingga pada yang Maha Esa.dengan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan besama seorang lelaki yang memahami segalanya tentang mama, walaupun ada ketikanya tak dapat lari dari perasaan kecil hati...itu adalah lumrah hidup bersama. Mama tak akan biarkan perasaan itu bersarang lama2.Kerana perkara itu boleh memburukkan keadaan.  Saling percaya dan memahami antara satu sama lain amat perlu untuk mengekalkan keharmonian. Membina hidup selama hampir 22 tahun bersama orang yang mama cintai, terlalu banyak pahit manis, rintangan dan pelbagai dugaan yang benar-benar menguji kemampuan mama sebagai seorang isteri, ibu, anak dan menantu..Syukur tak terhingga ya Allah,