Kek Koko Horlicks



Assalamualaikum wbt...
Mood menulis datang kadang-kadang jer. Lagipun teramat jakunlah rasanya nak menulis, tak tahu nak mula dari mana.Almaklum mama  " budak baru belajar" (betul tak ayat tu ....). So banyakla resepi yang mama cuba dari blog-blog yang famouse. Sebenarnya dah lama mama cuba cuma tak ada kesempatan nak apply kat blog nih.Tanganpun terketar-ketar jer nak menaip....
Terima kasih banyak-banyak kat blogger-blogger masakan yang tak pernah kedekut ilmu untuk dikongsi bersama.Kali ini mama cuba Kek Lapis Koko Horlicks Kukus dari blog hasue.
Memang menjadi walaupun tak secantik tuan asal...okaylah first time cuba.En.Hubby dan anak-anakpun suka.walaupun terbentuk lekuk-lekuk seperti kawah gunung berapi kat situ.Mungkin api besar sedikit.InshaAllah mama akan perbaiki next time.

by: mamawansal.blogspot.

Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus

Kredit to: hasue.

Bahan-Bahan:

250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus5 biji telur gred A1/2 tin susu pekat manis-Yatie letak 1/2 cwn70g horlicks- Yatie letak 1/2 cwn30g serbuk koko- Yatie letak 3 sudu besar1 sudu teh esen vanila1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara-cara:

1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan    pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
2.Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi).
3.Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan.
4.Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
5.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)
7.Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUMIS HALIA IKAN MUDUK

SIRA LABU KUNING

Pulut Gaul Nyior