Kek Karamel Coklat
Assalamualaikum..
Kali ni mama nak tepek kek karamel coklat yang mama dah berjaya godek-godek tempohari.
Setelah banyak kali buat, dengan macam-macam resepi akhirnya mama derhaka skit dari resepi asal kek karamel pelangi sebelum ni.
Bezanya cuma part tepung jer...mama ejas sukatan tepung + sukatan coklat powder.
Resepi yang mama buat macam kat bawah yer.
Kek Karamel Coklat
Bahan 1:
2 sudu gula
(tabur rata dalam loyang 7-8 inci)
masak atas api kecil sampai gula keperangan dan cair.
Ratakan keseluruh dasar loyang dengan cairan gula yang dihanguskan..ketepikan.
Bahan 2:
1 tin susu cair
60 gram gula kastor
3 biji kuning telur
1 biji telur (putih +kuning)
★kalau nak karamel tebal tambah lagi satu biji telur
Cara-cara:
Dalam bekas lain, masukkan susu cair
Campurkan gula dan kacau sebati.
(Ini petua mama nak bagi karamel tu smooth dan tidak berlubang-lubang)
Bila gula dah sebati baru masukkan telur yang telah dikacau terlebih dahulu.
Kacau bagi sebati. Lepastu tapiskan kedalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Bakar secara steam bake selama 15 minit atau separuh masak pada suhu 160'C..
(Steambake : Masukkan air kedalam loyang yang lebih besar dari loyang adunan, pastu masukkan loyang adunan ke dalamnya)
Bahan untuk kek:
Step 1
3 biji kuning telur
135ml air
40ml minyak jagung/masak
50gm gula kastor
60gm tepung gandum
70gm coklat powder
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Cara- Cara :
Campurkan semua bahan kedalam bekas.kecuali gandum dan coklat powder.
Pukul sampai gula hancur dan sebati.Masukkan esen vanilla.
Bila dah sebati masukkan tepung gandum yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit.
Kacau sampai sebati dengan spatula sahaja.ketepikan sebentar.
Step ke 2
6 biji putih telur
60gm gula
Cara-Cara:
Putar putih telur dengan gula sampai kembang.Pastikan putih telur betul-betul kembang.
( bila diterbalikkan bekas ia tak akan tumpah.)
Bila dah kembang masukkan separuh dahulu ke dalam adunan tepung tadi.
Kaup balikkan dengan spatula.Masukkan semua putih telur dan kaup balikkan lagi sampai sebati dan mesra gitu...Masukkan ke dalam karamel yang dibakar separuh masak tadi perlahan-lahan dan penuh santun.
Bakar pada suhu 160-170 'C, selama satu jam atau mengikut kepanasan oven masing2..

kek karamel coklat yang dah dipotong.
(nampak tak.. karamel jadi berlubang kerana lupa nak kacau gula dengan susu cair terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur )
Cara Yang mama guna sebelum buat kek:
Sediakan 3 bekas,Nak bagi senang, asingkan dulu putih telur dengan kuning telur seperti dibawah:-
Putih telur - 6 biji dalam satu bekas (pastikan tidak masuk walau setitik air ye..nanti meringue x jadi)
Kuning telur - 3 biji dalam satu bekas ( untuk karamel)
kuning telur - 3 biji dalam satu bekas.(untuk adunan kek)
Selamat mencuba dari mama....
Ulasan
Catat Ulasan