Syukur atas PemberianNya
Assalamualaikum wbt... Sudah terlalu lama tidak mengarang, tak tahu nak mulakan macamana. Kalau ada bahasa yang tunggang terbalik tu pohon diampunkan. Pejam celik pejam celik sekarang dah 2016...dah masuk bulan ke2/2016.Bermakna mama dah hidup selama 45 tahun dah masuk tahun ni. Alhamdulillah syukur tak terhingga pada yang Maha Esa.dengan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan besama seorang lelaki yang memahami segalanya tentang mama, walaupun ada ketikanya tak dapat lari dari perasaan kecil hati...itu adalah lumrah hidup bersama. Mama tak akan biarkan perasaan itu bersarang lama2.Kerana perkara itu boleh memburukkan keadaan. Saling percaya dan memahami antara satu sama lain amat perlu untuk mengekalkan keharmonian. Membina hidup selama hampir 22 tahun bersama orang yang mama cintai, terlalu banyak pahit manis, rintangan dan pelbagai dugaan yang benar-benar menguji kemampuan mama sebagai seorang isteri, ibu, anak dan menantu..Syukur tak terhingga ya Allah,