Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Kek Karamel Coklat

Imej
Assalamualaikum.. Kali ni mama nak tepek kek karamel coklat yang mama dah berjaya godek-godek tempohari. Setelah banyak kali buat, dengan macam-macam resepi akhirnya mama derhaka skit dari resepi asal  kek karamel pelangi sebelum ni. Bezanya cuma part tepung jer...mama ejas sukatan tepung + sukatan coklat powder. Resepi yang mama buat macam kat bawah yer. Kek Karamel Coklat Bahan 1 : 2 sudu gula (tabur rata dalam loyang 7-8 inci) masak atas api kecil sampai gula keperangan dan cair. Ratakan keseluruh dasar loyang dengan cairan gula yang dihanguskan..ketepikan. Bahan 2: 1 tin susu cair 60 gram gula kastor 3 biji kuning telur 1 biji telur (putih +kuning) ★kalau nak karamel tebal tambah lagi satu biji telur Cara-cara: Dalam bekas lain, masukkan susu cair Campurkan gula dan kacau sebati. (Ini petua mama nak bagi karamel tu smooth dan tidak berlubang-lubang) Bila gula dah sebati baru masukkan telur yang telah dikacau terlebih dahulu. Kacau bagi sebati. Lepastu tapis

Kek Koko Horlicks

Imej
Assalamualaikum wbt... Mood menulis datang kadang-kadang jer. Lagipun teramat jakunlah rasanya nak menulis, tak tahu nak mula dari mana.Almaklum mama  " budak baru belajar" (betul tak ayat tu ....). So banyakla resepi yang mama cuba dari blog-blog yang famouse. Sebenarnya dah lama mama cuba cuma tak ada kesempatan nak apply kat blog nih.Tanganpun terketar-ketar jer nak menaip.... Terima kasih banyak-banyak kat blogger-blogger masakan yang tak pernah kedekut ilmu untuk dikongsi bersama.Kali ini mama cuba Kek Lapis Koko Horlicks Kukus dari blog  hasue . Memang menjadi walaupun tak secantik tuan asal...okaylah first time cuba.En.Hubby dan anak-anakpun suka.walaupun terbentuk lekuk-lekuk seperti kawah gunung berapi kat situ.Mungkin api besar sedikit.InshaAllah mama akan perbaiki next time. by: mamawansal.blogspot. Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Kredit to:  hasue . Bahan-Bahan: 250g mentega tulen 1/2 cawan gula halus 5 biji telur gred A 1/2 tin susu p

Kek Karamel Pelangi

Imej
Assalamualaikum wbt... Setelah banyak kali try n error resepi dari internet melalui blog2 masakan akhirnya mama berjaya mendapatkan resepi yang memang awesome dengan caranya skali step by step. Terima kasih e-nalovelykitchen.blogspot.kerana berkongsi. Kerana "rajin" nak  menaip mama copy jer dari blog e-nalovelykitchen.blogspot untuk perkongsian bersama. RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI Dari :  e-nalovelykitchen.blogspot Loyang 8 inci / 20cm Bahan-bahan untuk Gula Hangus: 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja) Loyang 8 inci / 20cm Cara-cara: Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.  Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.  Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2. Ketepikan dan sediakan pula adunan pudin