Kek Karamel Pelangi
Assalamualaikum wbt... Setelah banyak kali try n error resepi dari internet melalui blog2 masakan akhirnya mama berjaya mendapatkan resepi yang memang awesome dengan caranya skali step by step. Terima kasih e-nalovelykitchen.blogspot.kerana berkongsi. Kerana "rajin" nak menaip mama copy jer dari blog e-nalovelykitchen.blogspot untuk perkongsian bersama. RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI Dari : e-nalovelykitchen.blogspot Loyang 8 inci / 20cm Bahan-bahan untuk Gula Hangus: 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja) Loyang 8 inci / 20cm Cara-cara: Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2. Ketepikan dan sediakan pula adunan pudin